AKU... KRIS & KD

ANANG bercerai dengan KRISDAYANTI??

CERAI SUDAH KRISDAYANTI....
Suami artis popular Indonesia, Krisdayanti, 34, telah menjatuhkan talak tiga kepada penyanyi berkenaan pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam menyambut kehadiran Ramadan.

Anang Hermansyah, 40 tahun, mengaku beliau telah melafaz cerai kepada penyanyi lagu Menghitung Hari itu setelah mempercayai penyanyi yang mesra dipanggil KD telah memiliki 'pujaan hati' yang lain.

"Secara Islam, perceraian itu sudah sah tetapi kami masih dalam proses dengan jabatan agama," ujar Anang kepada beberapa media Indonesia seperti disiarkan.

Menurut Anang, bagi menghormati bulan Ramadan, proses perceraian akan diselesaikan sepenuhnya selepas Aidilfitri ini.

Beberapa media Indonesia juga menulis Anang mengetahui hubungan KD dengan lelaki berkenaan setelah diceritakan sendiri oleh anaknya, Titania Aurellie, 11.

Anang mendakwa, perceraian itu dibuat atas persetujuan anak-anak mereka selain diminta oleh isterinya sendiri.

(petikan daripada KOSMO 2/9/09)







Lihat video-video dari Youtube ini, buat AKU rasa kesian kepada KD kerana pandangan anak-anak dia terhadap dirinya amat rendah... apapun kena ingat IBU adalah insan yang melahirkan kita, tidak wajar kanak-kanak berbicara isu berat seperti ini. Hanya aib yang terbuka

P/S: AKU masih penggemar muzik Krisdayanti

[mode: listening SAMPAI MATI by Krisdayanti]

AKU... DIA & SPIDERMAN

MAT SALEH NIE BUAT LAGI DAA...........



Alain Robert, 'Spiderman' dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.

Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.

"Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya.

"Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh," katanya.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau yang digelar 'Spiderman' pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.

Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.

Panjat dua jam

Sementara itu, Bernama pula melaporkan Robert yang memakai kemeja T gelap dan berseluar jeans, mula memanjat Menara Dua pada jam 6 pagi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

Bagaimanapun, dia ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan
menceroboh kerana tidak mendapatkan permit.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan larangan dengan memanjat tanpa permit," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.

Robert dipercayai memasuki Malaysia pada 25 Ogos lepas dan tinggal di Hotel Mandarin Oriental yang berdekatan menara Petronas itu.

sumber: malaysiakini


HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH... 3 kali try... at last sukses juga.. memanglah satu kesalahan... tapi daya usaha/kamahuan bukan satu kebetulan...

AKU... MALAYSIA & BANGSA MALAYSIA

SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 52

UNTUKMU MALAYSIA


AKU... MARHABAN YA RAMADAN

ADAKAH ANDA..............?????
  • Orang yang sakit
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak
  • datang "red flag"
KALAU ANDA TIDAK BERADA DALAM SALAH SATU GOLONGAN YANG DISEBUTKAN DIATAS, MAKA JANGAN HENDAK BUAT-BUAT LUPA.
BACA INI

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
XXXXX
XXX
X


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."