Malam minggu semalam, kami sekeluarga berkonvoi ke Damansara. Tujuan untuk menonton wayang, filem terbaru iaitu MAGIKA.
Keseluruhan berkaitan filem ini, menghiburkan dan sarat juga-lah dengan pengajaran. Antara yang menarik perhatian,
- Watak Nenek Kebayan lakonan Ziana Zain sangatlah out-standing. Jangkaan awal mungkin hanya watak tempelan, tetapi watak tersebut bergerak sekali sepanjang cerita. Hingga rasa boleh-lah di tukar tajuk Magika-Di alam Kebayan. Hiks! Pujian untuk ZZ.
- Teknikal? Maaf-lah, haram tak tahu. Namun untuk sebuah filem Malaysia sinematografi filem ini memang cantik dan menarik. Scene Maya Karin sebagai Puteri Bunian yang menjelma banyak-banyak tu... well done!!!
- Pengolahan cerita kalau lagi kuat lagi best. Filem/drama malaysia ni masalah utama plot cerita, Kadang-kadang idea sudah cukup bagus tapi sebab pengolahan macam teetttt terus jadi hancuss..spoil kan mood nak menonton.
- Ning Baizura sebagai Puteri Gunung Ledang dan watak Sabri Yunus tu.. kedua-dua watak ini... Well Done!!!
- Muzikal??? Apa kejadah? Dalam panggung ada juga dengar suara sumbang yang dok mengata "awat depa dok nyanyi ja?". Lenkali pakcik sebelum masuk panggung, pi tengok kat poster tuuu... nala besaq dia tulih filem muzikal!!! awat buta hurup ka?... Kalo boleh je korang layan tengok filem muzikal omputih Dream Girls tue (mungkin pasai ada Beyonce)... takkan lah filem muzikal Malaysia hang tak bleh nk sokong-kannnn!!! :)
- Filem yang lucu dan menghiburkan.
apa yang nampak macam semput pula?
- Mawi sebagai Badang... lakonan nampak kaku... bila tiba scene Mawi jadi bosan sikit.
- Gandingan Mawi dan Diana Daniel.... tidak serasi bersama.
- Aznil dan Raja Azura... sebagai Pak Pandir dan Mak Andir tue... lakonan macam buat-buat. They try hard nak buat joke tapi.. cam over lak. move!!!
Gud job KRU Studio... tunggu Merong Mahawangsa pula.
Bye..
p/s: petang tadi tengok kt tv3 ada tayang maria mariana. Erra Fazira dan Ziana Zain during the 90's. Hendak terkincit dengar dialog diorang nie. BTW filem Datuk Yusuf Haslam memang lagu tu.. even filem dia yang zaman milenium pun dialog filem sound 70's . Nasib baik anaknya dia skang buat filem nampak hip lah jugak.






0 comments:
Post a Comment