Selasa lepas, usai bersahur dan bersolat subuh sempat menonton Buletin Pagi di TV3. Berita utama-nya adalah Jalur Gemilang dilumur dengan najis manusia, dibakar dan najis manusia di campak ke dalam kawasan kedutaan Malaysia di Jakarta Indonesia. Perasaan ketika itu, sangat geram!!! Manakala tadi dalam berita online Berita Harian di tulis pula "Bendera Malaysia dibakar, diludah dalam demonstrasi di Jakarta"
Sebelum ini dengan isu tempe, rendang, batik dan pelbagai lagi... walhal isu itu boleh diselasaikan jika orang yang mebangkitkan isu tersebut lebih "kenal sejarah". AKU sendiri pernah bertanya kepada seorang rakan pelajar dari Indonesia, dia berasal dari Riau. Katanya malas mahu ambil pusing, kerana isu nya remeh. Katanya lagi media di Indonesia memang suka membuat provokasi dan golongan yang berdemonstrasi itu "memang dah tak ada kerja".
Tapi dalam banyak perkara yang cuba di mainkan oleh media sana, isu tarian Pendet adalah yang paling kelakar bagi aku. Kesilapan iklan daripada pihak Discovery Networks Asia-Pasifik menunjukan seolah-olah tarian tersebut berasal dari Malaysia. Iklan tersebut adalah untuk dokumentari mengenai budaya Malaysia. Dalam semua 6 episod dokumentari tersebut lansung tiada mengenai tarian Pendet. Pihak yang silap sudah mengakui kesilapannya.Kalau tidak kerana isu tersebut adakah rakyat Malaysia tahu tarian tersebut wujud? mungkin hanya untuk mereka yang pernah berkunjung ke Pulau Bali sahaja yang tahu. Tapi adakah semua rakyat Malaysia pernah melancong ke Bali? Malangnya isu ini juga menyebabkan tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta. Sekali lagi emosi mengatasi rasianol.
Berbalik kepada isu terkini. Jalur Gemilang di aibkan. Semua sedia maklum isu yang menjadi punca sudah diselesaiakn secara diplomasi. antara 2 buah negara. Tapi yang sadisnya masih ada puak yang agresif bermain api. Dalam laporan berita, dikatakan golongan penujuk perasaan ini adalah puak NATO ( No Action, Talk Only). Padanlah perbuatan nya tidak bermoral. Tidak menjaga sensitiviti negara jiran yang berada dalam bulan kemerdekaan. Malah maklum juga bulan Ogos bulan kemerdekaan Indonesia juga. Adakah itu cara mereka menujukan semangat patriotik ke atas negara mereka? Allah sahaja yang tahu. Bertambah sedih, kejadian berlaku di bulan penuh berkat, bulan ramadhan. Kedua-duanya negara Islam, tapi perlukah menunjukkan perlakuan biadap sebegitu.Tiada nilai dan adab!!!
Disebalik kejadian yang terjadi, ketika menonton Buletin Utama dimaklumkan penunjuk perasaan ini mahu semua rakyat Malaysia di Indonesia di halau keluar. Lucu ke bingai mereka ini. Kalau begitu panggil-lah juga semula saudara-mara, sepupu sepapat, tok nenek dan waris mereka di Malaysia ini pulang. Jangan sekadar pulang beraya tapi pulang terus. Ekonomi/pendapatan rakyat mereka tidak terkesankah?
Selain itu antara petikan berita online yang sempat di baca adalah berikut;
Din (Ketua PP Muhammadiyah, Din Syamsuddin) mengaku prihatin jika pendekatan yang digunakan SBY untuk menyelesaikan masalah seperti ini, dengan menyalahkan anak buahnya. Apalagi sampai berdalih sudah memerintahkan pada bawahannya. Itu sangat tidak layak dilontarkan seorang pemimpin.
Sepengetahuan Din, biasanya SBY adalah orang yang selalu responsif terhadap isu-isu kecil. Tapi untuk masalah yang menyangkut kedaulatan ini, di mata Din, SBY cenderung pasif.
"Tapi mengapa pada masalah strategis seperti ini beliau tidak mengadakan konferensi pers, diam saja. Apalagi menyangkut kedaulatan dan harga diri bangsa. Kemudian ketika ada langkah- langkah yang diambil pembantunya, kemudian menyalahkan," keluhnya.
* SBY = Presiden Susilo
[sumber]
Kepada semua rakyat Malaysia, jom kita tingkatkan semangat patriotik dalam jiwa kita semua. Semoga isu ini menambahkan lagi rasa sayang kita kepada negara kita Malaysia. Tidak perlu untuk menjadi penujuk perasaan jalanan, kita bangsa bertamadun! bagaimanapun harus di ingat bukan semua rakyat Indonesia sama seperti golongan penunjuk perasaan terbabit nilai yang baik dan nilai yang buruk.
p/s: Fokus kepada Ramadhan.
KEBIADABAN PENUNJUK PERASAAN DI JAKARTA TERHADAP KEDUTAAN MALAYSIA DI INDONESIA
1. JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ingin memberi komen dengan merujuk isu penunjuk perasaan di Jakarta yang telah mencemari Kedutaan Malaysia di Jakarta dengan membaling najis pada bangunan kedutaan dan memijak bendera Malaysia oleh puak pelampau di Jakarta.
2. JAKIM ingin menyatakan sikap yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan di Jakarta tersebut adalah memalukan dan melampau apatah lagi ia dilakukan ketika dalam bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.
3. Sehubungan itu, JAKIM menyeru agar semua rakyat Malaysia bertenang dan tidak melayan dengan emosi rentetan dari provokasi yang melampau dan tidak bertamadun yang dilakukan oleh puak penunjuk perasaan tersebut.
4. Sebagaimana semua maklum isu yang cuba ditimbulkan oleh puak penunjuk perasaan tersebut telahpun diselesaikan secara diplomasi antara 2 buah negara. Oleh yang demikian, isu tersebut sengaja ditimbulkan untuk menarik perhatian rakyat Malaysia untuk bertindak di luar kawalan dan kewarasan.
5. Bersempena dengan bulan mulia Ramadhan yang mulia ini serta sambutan kemerdekaan kali ke-53 yang akan disambut tidak lama lagi. Marilah sama-sama kita menghayati semangat kecintaan yang mendalam untuk menjaga keharmonian negara serta mengambil semangat hadith yang dipetik dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”(al-Bukhari dan Muslim)
6. Bagi memastikan tindakan puak pelampau seperti Laskar Merah Putih (LMP) itu tidak berpanjangan dan lebih mengeruhkan keadaaan, pihak berkuasa Republik Indonesia juga perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan penunjuk perasaan yang terbabit kerana sikap mereka ini boleh mewujudkan ketidakharmonian antara negara.
7. Oleh yang demikian dipohon agar pihak media dapat mengeluarkan kenyataan ini untuk makluman kepada masyarakat umum.


0 comments:
Post a Comment