Hello Folks,
Hari ini di USM,Penang hari konvokesyen yang terakhir! tahniah kepada semua graduan-graduan APEX sidang ke 42. Mesti rasa lega dan puas apabila penat lelah setelah bertahun-tahun berusaha telah terbayar juga akhirnya. Cuma yang membezakan nilai cGPA.
Macam aku sendiri, tahun ini tidak terlintas walau sedikit untuk pergi melawat rakan-rakan yang bergraduasi. Dari hari pertama lagi, banyak ajakan rakan-rakan yang aku tolak. Alasan-nya, AKU SEGAN & CEMBURU! Sedangkan tahun ini ramai rakan-rakan yang sama batch dahulu bakal terima ijazah master. Tapi aku pilih untuk duduk terperuk di Pusat Pengajian sahaja.
Entahlah, aku rasa aku sudah terlalu lama di USM ini. Aku juga mengambil masa yang lama untuk meyudahkan pengajian aku ini. Aku cemburu sebab mereka berjaya menyudahkan kerja mereka. Aku cemburu sebab mereka pandai menguruskan masa mereka sehingga dapat bergraduasi tepat pada masanya dan ada yang awal dari yang sepatutnya.
Allah memudahkan jalan mereka, mungkin di sebakan hati mereka ikhlas dengan apa yang mereka lakukan.
Allah sayang aku lalu menguji aku mungkin.
Aku selalu lupakan Allah, lalu Allah menguji aku dengan kesusahan dengan memberi aku masalah dengan alatan eksperimen aku, dengan kerenah penyelia aku dan dengan masalah-masalah yang lain. Aku percaya Allah uji aku dengan kesusahan ini, disebabkan aku selalu lupakan Allah, tiada keikhlasan dalam melaksanakan suruhan Allah.
Aku harap kesedaran ini akan menjadikan aku manusia yang lebih baik dan diberkati.
Aku berharap agar segala kesusahan dan ujian yang dihadapi dapat aku tempoh.
Aku tak akan menoleh kebelakang, memikirkan satu persatu kesilapan yang aku telah lakukan kerana tiada satu pun kesilapan di masa yang lalu itu dapat di ubah.
Aku akan buang CEMBURU itu....sebab itulah... penyakit JIWA!!
2 comments:
Eh, esok la last. Ahad. salah info nih. :P
Hmm.. org pun x pegi konvo Masters. xde la terasa apa2 sbb kawan2 pun belum konvo lg. cuma malas je. huhu. tapi pegi konvo adik2 juniors engineering. rindu masa konvo. nak konvo lagi!!
jom konvo sama2!! XD
insyaallah kalo ade rezeki nex yr dpt konvo sesama :) (mcm la kenal..haha)
Post a Comment