Thursday, June 10, 2010

Jalan-jalan Cari Makan d' Penang

hello folks...

1.pernah dengar Restoran Bangkok Station? restoran ni terletak kat taman Pauh Jaya dekat2 lah jalan nak pergi ke bandar Perda tu.

2. Speciality kat restoren ni mestilah masakan Thai. Dah nama pun Bangkok.

3. Komen mengenai makanan. Overall OK. Sgt berbaloi2 jikalau order Set Makanan tu. tak kira lah set untuk berdua atau berempat or lapan ke? Terpualng ikut tembolok memasing.

4. Apa yang syiok kat restoran ni. Kualiti minuman yang disediakan memang best kadang2 rasa superb.

5. Apa yang tak syiok? Pekerja/pelayan tiada budi bahasa atau boleh dikatakan pekak, ataupun buat2 tak nampak bila dipanggil customer atau memang mereka ini tuli.


6. So tak nak la cerita pasal makanan, sebab AKU boleh katakan berbaloi makan kat sini. Dalam kata lain, Sedap jugak.

7. More nak story pasal mimpi ngeri makan kat Restoran Bangkok Station.


8. Mimpi ngeri pertama adalah masa kali pertama makan kat restoran ni. Waktu itu just makan berempat saja. Selesai ambil order dan kemudian dihidang dengan makanan.Air yang dihantar hanya lah 3 gelas. Sedangkan ada 4 mulut. Waktu ni nk panggil pelayan macam nak mintak sedekah. Pelayan perempuan tu berdiri bertenggek di tepi kaunter pembayaran. Bila dipanngil dia pula buat signal sebentar. Kami OK lagi. kemudian panggil lagi dia datang, dan bgtau kat dia satu lagi minuman yang sudah di order belum sampai. Dia kata OK. Then lepas 10 minit belum jugak sampai air. Panggil lagi pelayan kali ni lelaki pula. Dia kata OK jugak, sekejap. Kemudian dia datang semula tanya kami order air apa? Walawei nk ludah je rasa muka pelayan tu. Lepas 10 minit baru air sampai. Waktu semua dah selesai makan. Nasib baik member aku penyabar. Walhal order kopi-O ais saja.

9. Mimpi ngeri kedua, 2nd time makan disini. Kali ini datang ramai. Dalam 16 orang. Walaupun sebelum ini layanan pelayan macam hampeh. tapi mengenangkan menu yang disediakan berbaloi untuk makan beramai2 coz boleh di order dalam Set. AKU pun suggest la pergi kesini.Problem kali ini masih lagi dalam isu air. Yang datang 16 orang hantar air cuma 13 gelas. Bila makanan dah di hidang. Air yang lagi 3 gelas masih belum dihantar. Masih sama isu nya, bila dipanggil pelayan mereka buat muka blur, walhal pelayan yang sama mengambil order tersebut. Alasan air tengah buat. Tengah2 makan panggil lagi, jawapan masih sama, SEKEJAP!!. kemudia dia datang bawak 2 gelas air. Kita orang pun tanya, mana satu air jenis A mana satu yang B. sebab nya dua2 gelas tu kelihatan sama. Pelayan tu pun ambil gelas tersebut kebelakang dan kembali lagi bagitau yang ini A dan ini B. Tapi bila di rasa sama saja. Dua2 rasa oreo. sedangkan sorang order oreo sorang order hazelnut. Ok. sabar lagi.

Makanan nak dekat abis, sorang lagi belum dapat air. Panggil pelayan, repeat order, dia kembali bagitau air yang di order tu tak ada. Member pun dah panas. Mintak air kosong. Pun tak dihantar. Last sekali lepas makan, kalo ikut set yang di order di sediakan dessert. tak bagitau pun dessert apa. Semua assume mayb water chessnut tapi rupanya Cendol. Ok layan aje. Dessert yang dihantar cuma 8 mangkuk, orangnya 16 orang. AKU yang tukang suggest restoran ni pun dah naik segan kat member2 coz suggest makan kat sini. Panggil lagi pelayan, tanya mana lagi 8 mangkuk, dia kata "kenapa, apa yang tak cukup lagi nie?"... ni betul2 bodoh piang. terserlah. Kalau betul layanannya, semua yang di order dihantar. Customer pun tak akan dok panggil pelayan je. Nama pun pelayan. Kenalah periksa, apa yang di order dah cukup atau tidak. Pelayan tu pun kemudian pergi ke kaunter order makanan. Dengan jelas dengar dia menjerit "wei cepatlah tak cukup lagi nie, orang dh lapar"...  Ayat sangat ketara nak tunjuk protes.

Tapi sampai ke sudah nya, tak juga dihantar. Member ajak blah, sebab air kosong tu pun tak dapat, dan lagi 8 mangkuk dessert tu pun tak dapat. Tapi tak ralat sebab cendol tu mmg tak sedap. Bila nak bayar, cashier terus tunjuk bil, kami cakap ada satu air tak dapat suruh dia tolak dari bil, takde rase bersalah bila kami cakap dtg 16 org tapi air dapat 15 je, kata MAAF mmg x keluar. Sakit hati betul wei. Kemudian saja nak menyusahkan dia, cakap tolong tolak sekali lagi 8 mangkuk dessert yang tak dapat. cashier pun terkial2 sebab order ikut set, dia pun mula panggil2 tanya semangkuk berapa ringgit, semua jengkit bahu tak tahu. huh!!

Last nyer, member yang tak dapat air tu pun bayar, dan cakap saya halalkan je lah lagi 8 mangkuk tu ... MAAF sebab susahkan awak nak kira. Agian cashier tu dan beberapa pelayan yang dekat2 kaunter tu semua muka tak bersalah and blur walau sudah diperli. Taubat tak nak datang lagi.

10. Mimpi ngeri ke3. Aku mmg tak nak pergi Restoran Bangkok Station nie lagi. tapi sebab tak dapat di elakkan coz member nak tempat yang dekat dengan Jusco Perda. Ikutkan jua. Waktu sampai tue, dah pukul 8 mlm. Tv pun tgh tayang Buletin Utama. Kali ni tak order yang SET. Ikutkan kami antara yg terawal sampai. Restoran pun belum penuh. Sama juga. datang berlima, air yang dihantar hanya 3 gelas. Lagi 2 gelas air kosong je. Bayangkan sampai dah mula berita sukan air kosong tak dpat lagi, ni kan pulak makanan. Aku dh paham dah. Tapi member sorang lagi panas hati. Panggil pelayan lelaki tu, bila datang asik tanya, "air apa?..ooo air kosong, kejap2..." tapi masih belum sampai!! Dalam hati..oklah sebab makan pun belum sampai.

Tapi yang pelik bila dh sejam tunggu.... sebab citer Jidin pun dh start..makanan kita orang belum lagi sampai air kosong aku pun x dapat lagi. Tapi meja sebelah yang satu group budak perempuan dah dapat makanan and minuman diorang sedangkan dtg setengah jam lambat dari kita org semua.  Aku ajak blah je. Member aku lak panggil pelayan perempuan yang ambik order kita orang tanya kat dia... jawapan nya "kejap tengah buat.. orang ramai ni.."... aku ajak blah je lagi .. sebab aku tengok meja orang lain yg datang sewaktu kita org dh start makan.. n ada yg dh bayar... Member aku mintak tunggu. Aku bg 10 minit. 
Still tak sampai lagi. Air kosong pun tak dapat. Kali ni aku pulak panggil pelayan lelaki tu.. sbb nk mintak suh hantar air.. bayangkan sebab dah duduk satu jam setengah. Air pun x dapat. Air kosong pulak tu. Aku tak cakap apa lagi..dia cakap dulu " sabarlah bang orang ramai ni. bukan abg sorang yg lapar." ... aku pun balas " saya nk mintak air saya..dh order pkl 8 tadi"... dia pun pandang kat jam. Lepas tu aku sambung, "aku tau org ramai tapi macam mana meja kita org order dari pukul 8 skrg dh dekat 945 tapi blom dpat. orang sebelah datang lambat dapat dulu?..." dia diam... then senyum. Jidin dah abis.. kita org pun blah bayar air je.  Makanan and air kosong aku tak dapat. Abis masa dpt tgk berita and puaskan hati member aku nk layan Jidin. Then g perda tgk wayang dalam kelaparan.


11. Kesimpulan, Restoran Bangkok Station, layanan suXX.

12. Entry ni bukan nk lingkupkan bisnes orang. Tambahan kita sesama muslim. Buat apa nak dengki. Tapi untuk kebaikkan.

13. Belajarlah dari kesilapan, dan belajar berbudi bahasa dan memohon maaf kalo buat silap.

14. Kalau nak jadi pelayan, pergilah ambik kursus... ni bodoh piang je. Emosi lebih. Buat  muka garang buat apa? supaya customer takut mintak itu ini? apa lah?

15. Sekian

p/s: TQ kpd owner gambar... gambar yg dijumpa time google.. kredit kepada pemilik blog mcm alamat dlm gambar ni. :) Peace!!

5 comments:

JuLia d BuBbLes said...

i love theri hazelnut white coffee. or roasted almond coffee. maveles! kalah starbucks yg ahnye guna hazelnut syrup ;p

wawan said...

haha! banyak kali dah lalu kat jalan baru tu dok nampak bangkok station. memang dok rasa nak singgah. nasib baik tak p =P

Anonymous said...

stuju!skang pn mkanan dah tak sdap..minta n.paprik sampi ja plik.ni paprik ka aym msk putih...rasa masakan hampeh!grammmnyerrr..huhu<*_-

Admin said...

setuju bebenorr....i pun ada mimpi ngeri.penah pi sekali..tapi itulah yg terakhir pi sana. ada order chicken chop..dah la x sedap, siap ada darah lagi.dh serik...i cdgkan kita print je dan bg kat boss dia...

FazMelati said...

tengah duk google restaurant yang best kat Penang skali jumpa entry memang hanginnnnnnn!!! mcm ggrrrrrr hampehh